Reviews

Stereograf: 33 Esei by Ridhwan Saidi

afi_whatafireads's review

Go to review page

informative fast-paced

4.0

"Ilmu persis teori evolusi Darwin yang tidak statik, dan sentiasa berubah dan berkembang - sepertimana alam semesta."


Sebuah kumpulan esei yang aku kira santai dan bercerita tentang hal-hal yang niche dan mungkin tidak diketahui oleh semua orang, tetapi ia seronok untuk dibaca sebagai bacaan ringan. Esei-esei yang ditulis ada yang mengundang nostalgia, dan ada pula yang mengkritik masyarakat dengan cara yang halus; dan sebanyaknya tentang hal-hal literatur, seni, muzik dan sinema.

Antara benda paling aku suka adalah kekerapan penulis menerapkan konsep menimba ilmu untuk menjadi manusia yang lebih baik - dari pelbagai aspek. Ada juga esei yang memperkenalkan aku dengan beberapa penulis yang akan aku baca karya mereka selepas ini.

Secara kesuluruhannya, koleksi yang membuka mata dan juga memberi perspektif baru terhadap beberapa perkara.

4 🌟 untuk buku ini

persephtiyareads's review

Go to review page

dark funny reflective medium-paced

3.5

mobyskine's review

Go to review page

3.0

Himpunan esei dan cerita dari hal-hal masa lalu ke bicara umum dan kata-kata filsuf, penuh pendapat dan judul ilmu-- tentang sastera, arsitektur, muzik, teater dan filem juga kisah baru yang saya belum tahu. Agak menarik, pelbagai rasa dan buah fikiran. Membaca itu ilmu sakral, kata Ridhwan Saidi-- ada sinikal dalam bersahaja, autentik.
More...