mobyskine's review

Go to review page

3.0

Saya beli kerana ada nama Azrin Fauzi, Inawza Yusof dan Syaihan Syafiq (juga kerana ia edisi terhad).

Cerpen daripada Azrin seakan sajak yang sedang menyamar dalam bentuk baris-baris cerita pendek. Tulisan Inawza mengingatkan saya kepada novel beliau-- ia dalam genre yang saya gemari jadi terima kasih untuk kisah pendek yang memuaskan hati membaca saya. Tulisan Syaihan Syafiq-- saya suka ayat pertama cerpen anda, dan anda juga sentiasa bagus menyusun jalan cerita dan ayat sehingga saya selalu merasa anda berada di hadapan saya dan kita sedang berbual.


Cerpen lain yang saya suka-- Kekasih Bibliophile daripada Shafaza, walaupun sebenarnya saya tak berapa gemar tulisan-tulisan yang gemar menyelitkan quotes daripada orang-orang terkenal tapi ketidakgemaran saya ini tak berapa mustahak sangat memandangkan i like how the story goes. Saya suka endingnya yang begitu sehingga saya menoleh ke arah penanda buku BBW dengan lambang serigala hitam di tengah dan tersenyum sendiri.

ps: barangkali buku keluaran FIXI yang paling saya suka cover hadapannya.

More...