Reviews

SERIGALA by Lokman Hakim

mobyskine's review

Go to review page

3.0

Plot yang bertarung antara mana satu realiti dan fantasi. Fred yang bawa aku mengembara mencari pembunuh Akmal dan jelajah alam fiksyen yang seakan mahu ambil alih naratif sebenar. Watak mana yang patut aku percaya?

"Ada orang yang aku tak patut masukkan dalam cerita. Dan ada orang yang kau perlu cari dan jadikan watak utama cerita."

Alam fantasi dalam babak novel tulisan Fred (atau Akmal) agak menarik dan aku suka. Transisi plot dalam plot lain begini walau rasa momentum bacaan macam dipotong-potong ia satu kelainan dan rasa istimewa. Macam dapat bonus.

Aku suka that pinch of mystery macam main puzzle-- labirin aneh dan surat-surat Akmal, teka-teki dan petunjuk dari karya-karya Akmal dahulu dan watak-watak ciptaan Akmal juga Suriani dan Zurizal. Perjalanan plot yang bizarre. Terlalu banyak pertanyaan dan kekeliruan, surrealism yang aneh dan magis. Aku pilih untuk tak percayakan Fred. Entah kenapa aku rasa ada twist cerita yang akan tipu aku bila habis baca nanti.

Sekejap. Mana hilang bab 20? (Aku tak jumpa atau memang tak ada?)

Ini pertama kali aku baca karya Lokman Hakim, idea yang padat untuk satu novella. Fantasi, surreal, segala bentuk absurdity dengan ending yang kalau kau perasan kenapa Fred overreacted sangat dengan naratif Akmal, kau memang boleh teka apa yang jadi sebenarnya. Harus baca in one sitting (kalau tak mahu rasa macam otak kau sedang dikunyah serigala).
More...