A review by aniz_09
Pergi by Tere Liye

4.0

Sekuel daripada novel Pulang.

Setelah Agam menemukan erti pulang, iaitu memeluk segala kebencian dan kasih sayang untuk berdamai dengan masa lalu, jawapan itu bukan penutup segalanya. Daripada jawapan pulang itu, dia berhadapan pula dengan persoalan yang baru, iaitu "Ke mana kita akan pergi?".

Hidup ini sentiasa menarik untuk direnungkan. Dalam kesibukan menjalani hidup dan mengejar apa yang diinginkan, adakalanya kita perlu berhenti sejenak untuk berfikir tentang perjalanan hidup ini. "Apa sebenarnya tujuan hidup kita?".

Manusia kadang-kadang meletakkan cita-cita terhadap dunia tanpa batas. Penting untuk merenung dan bertanya kepada diri, kerana segala sesuatu pasti akan ada akhirnya. "Apakah aku benar-benar bahagia dengan pilihan hidupku? Apakah aku benar-benar bangga dengan seluruh yang pernah aku lakukan?".

Tak sabar nak tunggu sambungan seterusnya...