A review by imandanial
Instructions by Neil Gaiman

4.0

Buku cerita bergambar sinonim sebagai bacaan kanak-kanak.

Cerita yang mudah. 2-3 baris per mukasurat.

Selebihnya pembaca dihadiahkan dengan ilustrasi-ilustrasi yang berwarna-warni.

Dan selalunya, ia adalah cerita dengan pesanan. Ada pengajaran-pengajaran yang diselit.

Ia adalah bacaan "feel good". Untuk kita gembira, kita tenang, untuk kita sembuh, dan terus percaya bahawa harapan masih mekar tumbuh.

Sebagai dewasa, kita tetap memerlukan kenaifan anak kecil itu.

Untuk terus percaya, untuk terus hidup.