A review by amalipulan
The Prague Cemetery by Umberto Eco

5.0

Tentang seorang warga Itali kacukan Perancis dan bagaimana dia berkait dengan konspirasi Freemason, Yahudi serta peranannya dalam peristiwa-peristiwa bersejarah Eropah.

Kita bermula dengan seorang watak yang dapati bahawa dia mempunyai split personality. Bagi memahami penyakitnya ini, dia menyimpan diari yang dikongsi antara dua personaliti berbezanya, agar dapat ingat apa yang berlaku ketika mereka bertukar personaliti.

Melalui diari kongsi ini, kita dibawa untuk menelusuri hidup protagonis dan bagaimana mereka berkait dengan konspirasi Yahudi serta peristiwa-peristiwa sejarah Eropah.

Ada yang cakap buku ini membosankan tetapi bagi saya ianya black comedy, sebab saya banyak gelak ketika membaca.

Seronok baca buku ni, tapi saya rasa buku ini lebih nikmat jika saya berpengetahuan dalam sejarah Eropah; khususnya peperangan di France, Itali dan juga tentang Freemasons/Carbonari/Republican, sebabnya buku ini banyak selitkan peristiwa-peristiwa sejarah tersebut.