A review by arinalau
REVOLVER by Syahmi Hafizuddin

4.0

Revolver (by Syahmi Hafizuddin) menceritakan tentang sebuah pasukan 'assasin' bernama 'Ares' yang terdiri daripada 4 orang individu yang masing-masing mempunyai kemampuan luar biasa, dan masing-masing mempunyai peranan yang berlainan. Mereka ditugaskan untuk 'assasinate' orang-orang yang mempunyai niat jahat untuk memiliki salah satu artifak istimewa iaitu revolver, sehinggalah ahli keluarga salah seorang daripada yang mereka bunuh memburu mereka untuk membalas dendam.

Saya mula-mula berminat terhadap novel ini kerana terbaca dalam reviu bahawa ia mempunyai persamaan dengan Six Of Crows, novel fantasi yang amat saya minati, and it had those vibes which made it much more exciting.

Namun selain 'vibes' Six Of Crows, saya juga mendapat 'vibes' anime daripada penceritaannya (walaupun saya kurang menonton anime), jadi terasa juga seperti sedang menonton anime.

Sesetengah dialog agak klise, namun ia tidaklah mengganggu pembacaan. Saya suka dengan jalan penceritaan yang tidak mendatar dan beberapa 'plot twists' yang tidak dijangka. Adegan-adegan aksinya juga agak menarik dan tidak bosan untuk dibaca bagi saya, dan 'storyline' yang diperkenalkan pada pengakhiran novel membuatkan saya berminat untuk membaca novel seterusnya.

Novel ini boleh dikatakan sebagai 'quick read' dan ia telah menambah minat saya untuk membaca lebih banyak novel Fixi.