A review by miss_tsundoku
CERPEN by Khairulnizam Bakeri

3.0

Kuberikan: Di antara 3-4 bintang-bintang cemerlang. Rasanya aku lebih suka cerita-cerita pendek ini berbanding Pecah. Yang disukai: Hanya Sepuluh, Cari, Pujaan.

Seperti biasa, penulis bijak bermain bahasa, penuh ritma. Ada kosa kata terkini yang dipelajari, terima kasih. Cuma tak faham maksud perut bocah: setahuku bocah itu maksudnya anak-anak kecil sahaja, atau ada maksud lain yang aku terlepas pandang?

Dan seperti selalu-selalu, meski fiksi, aku seboleh mungkin cuba kaitkan dengan logik akal. Dalam Nikah, aku temui sedikit ketidaklogikan. Pak Maun dikatakan telah berkahwin dengan arwahnya Mak Melor hampir 30 tahun. Usianya 69, jadi mungkin Pak Maun kahwinnya sedikit lewat. Anaknya tiga: Rosyan, Jalil dan Adib. Isteri baru Pak Maun Salbiyah usianya 29, bekas kekasih Jalil. Aku congak-congak, kalau Jalil tidak sebaya Salbiyah pun, mungkin tua sedikit, manakah mungkin Pak Maun dan arwahnya Mak Melor berkahwin hanya hampir 30 tahun? Usia Rosyan pasti tua daripada Jalil. Mungkin kalau dikatakan Pak Maun dan arwahnya Mak Melor berkahwin hampir 35 atau 40 tahun lebih munasabah.

Oh, dan ada sedikit typo yang juga menyebabkan rasa sebal dan mempengaruhi mood membaca dan markah. Semoga editor ambil berat perihal ini.