Reviews

AMSTERDAM by Fahmi Mustaffa

heyfarahey's review

Go to review page

3.0

Okay aku mula dengan apa benda yang aku suka dulu tentang Amsterdam. Yang pertamanya tentulah kulit buku yang abstrak itu, aku rasa ia penuh emosi dan kekacauan dalam jiwa seseorang - yang bagi aku is a really great depiction of the story - kisah yang berkisar tentang kecelaruan moraliti, ketuhanan, self-enlightenment, Sufisme dan bermacam macam lagi tema yang bikin sesetengah dari kita tidak selesa dan panas punggung. Dan bagi aku kecelaruan adalah tema paling besar dalam Amsterdam. Dan kecelaruan ini juga digambarkan dengan cara penulisan Fahmi yang tidak seperti novel-novel lain, ia mengingatkan aku kepada cara penulisan The Road, pemenang hadiah Pulitzer pada tahun 2007. Pening dan celaru tetapi aku suka sebab ia betul betul menggambarkan apa yang mahu diceritakan dalam buku tersebut - kekeliruan dan kekacauan. Tak tahu Fahmi memang sengaja menulis begini atau aku yang lebih lebih.

Jalan ceritanya - aku rasa tidak ada apa apa sangat yang berlaku. Mula-mula macam intense, tapi selepas itu biasa-biasa saja dan keadaan jadi intense balik pada 50 muka surat terakhir. Tapi aku tak berapa kisah pun sebab aku rasa Fahmi sebenarnya tidak mahu sangat bercerita - bagi aku dia mahu pembaca-pembaca membaca apa yang terbuku di dadanya, pendapat-pendapat beliau dalam sesuatu isu - yang bagi aku, at some point, dia menjadi sedikit preachy.

Oh ya, aku suka plot twistnya - wtf moment betul.

Baiklah, benda yang aku kurang suka. Berdasarkan sinopsisnya Amsterdam adalah cerita tentang sebuah kota kemungkinan - kota paling liberal di dalam dunia. Maka aku ingat ceritanya akan lebih berpusat di Amsterdam, tentang keistimewaan keistimewaan di Amsterdam, tentang segala kemungkinan-kemungkinannya - tetapi entah, rasa itu putus putus - aku tak rasa ia istimewa. Rasa biasa biasa saja. Kedua, dialognya janggal dan rasa macam tak kena - ia buat aku kadang kadang cringe - terutamanya cara Pak Latif berdialog dengan Theo. Dan banyak ayat ayat di dalam ini aku perasan sebenarnya banyak daripada quote quote yang disunting sikit sikit. Tak salah bagi aku, tapi bila ia digunakan sebebas-bebasnya dan Fahmi kelihatan seperti menampal nampal saja ayat itu - ia jadi pelik dan tidak natural.

Overall, Amsterdam adalah sebuah novel yang menarik tapi menarik level okay-okay saja. Bagi siapa yang mahu berjinak-jinak dengan bacaan isu-isu taboo, bolehlah baca buku ini. 3 bintang untuk Amsterdam!

mobyskine's review

Go to review page

3.0

Kurang gemar campuran bahasa dalam novel yang keterlaluan begini tapi Lucas cakap semua manusia perlukan masa beradaptasi, jadi aku pasrah saja. Lagipun laras bahasanya aku suka. Dibawa kembara dalam dunia dan isi kepala Theo dan Lucas, si lelaki depresi dan seorang psikiatris, aku dihadap dengan perbalahan jiwa, emosi dan suara-suara kecil-- that little particles of reality dalam konteks ala diari tetapi mengikat dua naratif yang silih ganti bertukar, dua persepsi dari dua kepala dan situasi. Sebenarnya aku tertanya ini tentang apa-- babak bertukar babak, surat-surat peminat rahsia (?) yang bawa Theo ke Amsterdam, metafora musik dan ketuhanan-- Tuhan sukakan keindahan, kata kamu. Plot AMSTERDAM dipotong tampal berkali-kali, perbualan-perbualan di luar pengikat kata, hal-hal random agama, seni, dan sebutan ahli-ahli falsafah. Ini love-hate sebenarnya-- ia jujur dan buat aku berfikir, aku hargai tetapi subplot dan watak-watak sampingannya sehingga ke 50 muka terakhir baru nampak pintu exit. Macam Theo, aku juga fikir tiba-tiba sahaja semua watak menjadi sungguh asing dan berkecamuk. Dramatik yang pelik (tetapi berani) dan pengakhirannya no wonder lah Theodore van Koen ada trust issues.

bcdcompostela143's review

Go to review page

4.0

Gosh, this book will fuck you up and I can't even decide if it's in a good or in a bad way.

The good stuff - the language is amazing. Fahmi writes clearly about the intangibles - Rumi, Coelho, philosophy. He's clear about what's hurting the main protagonists, their inspiration, their art, their struggles, their universe, their version of crazy. I liked the little stuff, oh, I especially liked the way he describes smoke. I don't smoke but I want it in my lungs each time I read it.

I appreciate the parody, the breaking of the fourth wall, the sarcasm and the lady prophet. I know a pretty lady who talks just like that.

One complaint - I liked the first plot twist but when it turned into a sci-fi, I was kinda mad.

How could you? *pulls hair*

*sigh. Whatever happens, I'm still Fahmi's fangirl.

More...