Reviews

CERPEN by Khairulnizam Bakeri

nura_aziz's review

Go to review page

4.0

Pertama kali membaca karya Khairulnizam Bakeri (walaupun sebenarnya dua novelnya telah lama dimiliki). Dan saya mengambil keputusan untuk berkenalan dengan penulis melalui kumpulan Cerpen ini.

Dan harus diakui, penulis mempunyai fikiran yang dalam dan lenggok bahasa yang tersendiri yang pastinya memisahkan beliau dari label klise atau biasa. Kebanyakan karyanya menjurus kepada kisah jenayah, tetapi ada juga kisah-kisah lain yang ada aura misterinya yang tersendiri. Penuh dengan sindiran sosial, satira dan kisah masyarakat yg sepatutnya kisah biasa tetapi menjadi sangat luar biasa digarap penulis.

Cuma, mungkin sebab saya adalah golongan convensional, walaupun sebenarnya adegan2 tertentu mungkin biasa saja, tapi saya tetap tersentak juga bila diceritakan dari sudut pandang dan bahasa seorang lelaki. Rasa macam....hmmm....

lyla89's review

Go to review page

5.0

Seperti biasa, karya-karya hasil tulisan Nizam Bakeri memang tinggi nilainya. Dari segi pengisian dan penceritaan setiap cerpen (atau kispen seperti yang dilabel penulis), Cerpen mampu memberi pengalaman membaca yang indah dengan lenggok bahasa yang asyik. Setiap kispen mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

Kegemaran saya, GERABAK, RAHSIA dan TAWA.

heyfarahey's review

Go to review page

4.0

Pertama kali membaca penulisan Inche Khairulnizam Bakeri. Ini adalah kompilasi cerpen yang terbaik yang saya pernah baca. Ghairahnya terasa dari mukasurat satu sehingga muka terakhir (amboi ghairah kau)

Jalan cerita yang tidak cliche, berbeza-beza bentuk penceritaannya (sebab kebanyakan kompilasi cerpen yg saya pernah baca bentuk penceritaannya lebih kurang uhuks), dan plot twist power yang tidak disangka-sangka.

mobyskine's review

Go to review page

3.0

Ingatkan tak ada typo dalam buku ini, tapi ada juga walaupun cuma sedikit. Aku memang tak berapa gemar buku-buku yang ada typographical error (boleh mempengaruhi pemberian rating), rasa kurang sempurnalah bila tengah layan baca tiba-tiba ada typo. Tapi aku maafkanlah, sebab sedikit saja pun :)

Kudos pada penulis yang punya ilmu bahasa yang bagus- banyak aku belajar perkataan baru, terima kasih. Aku suka dengan perkembangan karakter dalam setiap cerpen, tambah pula ada dua tiga karakter yang digunapakai dalam cerpen yang lain juga. Tiap cerpen ada sifat tersendiri- funny, sarcasm, thrill dan selalunya pakej dengan twisted ending. Paling suka- 'Pujaan'. Mujurlah ia cuma sebuah cerpen dan bukannya sebuah novel setebal 400 halaman pheww- tak terbayang perasaan bila berada di dua halaman terakhir.

Sebagai salah seorang peminat 'Hanya Sepuluh', terima kasih daun keladi. Keseluruhannya, aku bagi 3.5 bintang.

qomareads's review

Go to review page

5.0

Ini antara kompilasi cerpen terbaik yang pernah aku baca. Setiap cerpen sangat berbeza. Jarang sebenarnya nak membuatkan aku berpuas hati dengan kompilasi cerpen sebab mesti ada aje cerpen yang aku tak faham jalan penceritaannya. Tapi cerpen ini sangat kena dengan selera aku. Aku suka dengan gaya penceritaan penulis sebab setiap cerpen sangat istimewa. Walaupun ada kosa kata dan cara lenggok bahasa zaman dahulu kala aku still boleh digest semua aksara dengan baik.

Aku tak ingat kat mana aku pernah baca "CARI" tapi kalau tak silap dalam KL Noir kot. Sebelum baca "Cari" aku dah tahu ending dan jalan ceritanya.

Semuanya istimewa tapi most favourite will be "Pujaan". Kaya bahasa, kaya plot twist sememangnya seperti dibawa mengembara menjelajah jalan cerita with a good ride. Membuatkan aku tak hairan kenapa "Pecah" boleh masuk panggung.

P/S : Btw, "Pecah" masih belum dalam genggaman. Al-maklum sekarang mainstream sangat "Pecah" sana sini orang dok cerita. Later lah baca. Adeh.

miss_tsundoku's review

Go to review page

3.0

Kuberikan: Di antara 3-4 bintang-bintang cemerlang. Rasanya aku lebih suka cerita-cerita pendek ini berbanding Pecah. Yang disukai: Hanya Sepuluh, Cari, Pujaan.

Seperti biasa, penulis bijak bermain bahasa, penuh ritma. Ada kosa kata terkini yang dipelajari, terima kasih. Cuma tak faham maksud perut bocah: setahuku bocah itu maksudnya anak-anak kecil sahaja, atau ada maksud lain yang aku terlepas pandang?

Dan seperti selalu-selalu, meski fiksi, aku seboleh mungkin cuba kaitkan dengan logik akal. Dalam Nikah, aku temui sedikit ketidaklogikan. Pak Maun dikatakan telah berkahwin dengan arwahnya Mak Melor hampir 30 tahun. Usianya 69, jadi mungkin Pak Maun kahwinnya sedikit lewat. Anaknya tiga: Rosyan, Jalil dan Adib. Isteri baru Pak Maun Salbiyah usianya 29, bekas kekasih Jalil. Aku congak-congak, kalau Jalil tidak sebaya Salbiyah pun, mungkin tua sedikit, manakah mungkin Pak Maun dan arwahnya Mak Melor berkahwin hanya hampir 30 tahun? Usia Rosyan pasti tua daripada Jalil. Mungkin kalau dikatakan Pak Maun dan arwahnya Mak Melor berkahwin hampir 35 atau 40 tahun lebih munasabah.

Oh, dan ada sedikit typo yang juga menyebabkan rasa sebal dan mempengaruhi mood membaca dan markah. Semoga editor ambil berat perihal ini.
More...