Reviews

MONARKI by Lokman Hakim

imandanial's review

Go to review page

4.0

Secara peribadi saya lebih menggemari naskhah ini berbanding novella Serigala (baru saya tahu ketebalan Serigala dipotong supaya boleh dijual murah).

Saya masih lagi tercari-cari genre yang memuaskan hati untuk permulaan Reading Challenge 2018. Setakat ini 5 buah buku yang sudah dibaca. Tiada satu pun yang benar-benar menyelesaikan semacam rasa resah di hati.

Semasa berbual-bual dengan Lokman di #pertemuansabtu, kami ada berbincang seputar buku dan penulis. Lokman mengatakan yang beliau mahu membaca buku-buku yang rumit.

Ya, mungkin itu kunci kepada keresahan yang tidak saya fahami sekarang. Saya mahu membaca buku-buku yang rumit.

lamalama's review

Go to review page

1.0

Kisah psikologi rupanya

amalamal's review

Go to review page

1.0

Kisah psikologi rupanya

miss_tsundoku's review

Go to review page

3.0

Lama juga saya termenung usai menguliti naskhah ini, mencerna apa yang telah saya baca.

Beberapa hari kebelakangan ini rakyat Twitter marah teruk dengan kerajaan sehingga #KerajaanGagal dan #Agong menjadi tagar sohor kini di sana. Entah mungkin ada kaitan dengan kerajaan, saya pilih untuk baca Monarki yang telah saya muat turun di Google Play Books tidak berapa lama dahulu. Terima kasih FIXI untuk edisi percuma ini. Saya tidak pernah membaca mana-mana karya penulis sebelum ini jadi saya baca dengan fikiran terbuka dan tanpa apa-apa jangkaan. Malah, kerana ini versi e-book saya terus sahaja membacanya tanpa membaca blurbnya terlebih dahulu.

Tamat sahaja prolog, minda terfikir ini bukan kisah kerabat atau pun monarki, adakah ini kisah berkaitan bunian atau kerajaan langit? Sangkaan saya hampir tepat. Kemudian saya melihat buku ini Goodreads, ratingnya sedikit mendukacitakan dan saya sempat membaca ulasan-ulasan mereka yang memberikan bintang yang sedikit. Saya mengerti perasaan mereka. Mungkin laras bahasa penulis yang sedikit berbunga sastera tidak cocok buat peminat FIXI yang lebih gemarkan bahasa yang santai dan urban.

Tiadalah saya ada masalah dengan laras bahasa yang digunakan, malah saya menyenanginya. Namun kadang kala, terdapat beberapa perkataan yang digunakan penulis tidak tepat penggunaannya, entah mungkin terlalu bersifat puitis atau tinggi metaforanya sehingga saya rasakan maksud ayat-ayat tersebut menjadi pelik.

Contoh:

1. Bisikan yang membelai gemulah kotak fikir nan serabut. (gemulah = almarhum/arwah)
2. Tirani kayangan tersemat rapi, dirungkai bicara, akal mencari. (Tirani = corak pemerintahan yang zalim)
3. Tanpa membuang masa aku terus mengorek tanah yang menimbun, membasahi rengsa-rengsa tubuh dengan leluhur peluh di bawah kerdipan cahaya mentari... (leluhur = nenek moyang)

Melalui pembacaan juga saya dapat meneka bahawa perkataan 'ulah' ialah perkataan kegemaran penulis sehingga digunakan berulang kali tanpa jemu. Saya pula yang jemu bertemunya sehingga 21 kali.

Begitupun, penulis masih berjaya mengikat hati saya untuk terus mengkhatamkan novel ini dalam satu hari. Saya akui world building ciptaan penulis cukup mantap. Garapannya tentang alam kayangan cukup jelas sehingga menghidupkan imaginasi. Meski demikian sehingga novel tamat masih banyak persoalan yang mengganggu fikiran saya kerana jalan cerita dan susur masanya yang mengelirukan. Kenapa 'lantai' istana kayangan itu diperbuat daripada cebisan daging manusia? Bagaimana mungkin Uncle Tom yang membunuh Raja Tirani jika Uncle Tom hadir ketika zaman Kadir, bukan Saifullah? Adakah Zainun datang dalam ciri kanak-kanak dalam fikiran Kadir kerana Kadir seorang budak, tetapi hadir dalam ciri wanita dewasa apabila bertemu Saifullah? Arghhh terlalu rumit untuk memahami jalan cerita novel ini. Dahlah aku tengah puasa.

Bohonglah jika saya katakan bahawa buku ini bebas kesalahan tatabahasa. Terlalu banyak kesalahan tatabahasa yang saya jumpa sehingga naik marah pula dibuatnya kerana ini menjadikan karya ini kurang berkualiti. Ini masalah biasa yang saya temui dalam buku-buku FIXI mahupun penerbit indie yang lain. Penyunting langsung tak peka tentang penggunaan 'dari' dan 'daripada' dan banyak perkataan yang harus dijarakkan dirapatkan sesuka hati (air mata, muka surat, lebuh raya, tengah hari etc, etc, etc). Juga ada beza ya maksud 'sinar' dengan 'sirna'. Saya rasa saya pernah temui kesalahan yang sama semasa membaca Murtad karya Hasrul Rizwan lama dahulu. Cuma tidak pasti adakah buku ini juga mempunyai penyunting yang sama dengan novel tersebut. Penyunting juga gagal menyedari dalam satu babak Kadir pada mulanya memegang sepotong sandwich, tiba-tiba bertukar jadi ketulan ayam goreng dalam babak berikutnya. Juga kesilapan dalam ayat "... seolah-olah Israfil bakal menjelma mencabut nyawa-nyawa yang masih bersisa." Israfil ≠ Izrail.

Novel ini benar-benar tidak memenuhi sebarang jangkaan dan buat pertama kali saya berharap ada orang yang sudi berikan 'ending explained' macam yang orang selalu buat untuk sesebuah filem yang kompleks sebab saya dah tak larat nak fikir.

3/5.

n_asyikin_'s review

Go to review page

adventurous challenging dark slow-paced

2.5

English & Malay review

A fantasy-horror rooted in the unseen involving Orang Kayangan. 

The story was told from multiple perspectives, moving through different worlds. I think the author yearned to accentuate the mind-bending existence of this world they created, wanting the readers questioned what is real & what is not, perhaps akin to the movie "Inception". 

Unfortunately, I had a hard time following the transition between perspectives. Although the world-building was quite fascinating, I think the tendency to glance over many aspects of it left the readers no time to familiarize ourselves to the world. Arguably, it could be because the author focused heavily on the plot which relied upon the inconsistencies in narration rooted in the questioning of "reality", i.e., human world vs kayangan world vs made-up world. But it left me floundering at the start, due to the lack of foundation for the beginning. 

The book will make you question things (e.g. what was happening in it). It'll throw you straight into the midst of things, & left you at a limbo of more questioning. If that is your thing, you'd definitely enjoy this. I think it could use more world-building, better character development to build up the readers' suspense, leading the story to its inevitable climax. 



'Monarki' adalah sebuah karya fantasi-seram yang melibatkan dunia halus berkaitan dengan orang kayangan. 

Buku ini diceritakan daripada pelbagai pandangan watak-watak yang wujud, merangkupi dunia yang berbeza. Saya rasa, penulis ingin membina sebuah cerita yang menyebabkan pembaca mempersoalkan samada sesebuah perkara itu adalah berlandaskan realiti atau mainan minda sahaja bak filem "Inception". 

Akan tetapi, saya mempunyai masalah untuk mengikuti kepelbagaian pandangan watak-watak. Walaupun pembinaan dunia (i.e., world-building) di dalam cerita ini adalah agak menarik, saya merasakan bahawa penulis tidak mendalami banyak perihal-perihal alam tersebut. Maka, sebagai pembaca, saya sukar membina imej di dalam minda untuk membayangi (& memahami) dunia tersebut. Boleh dikatakan yang mungkin penulis memang ingin memberi tekanan terhadap plot cerita ini; perhatian diberi lebih kepada ketidakstabilan naratif yang diceritakan melalui watak-watak sedia ada, atas tujuan supaya pembaca boleh mempersoalkan realiti atau kejadian alam ini. Tetapi, ia menyebabkan saya sukar untuk mendalami dunia tersebut, sebab cerita seolah-olah tiada arah pada permulaannya. Secara peribadi, saya merasakan bahawa cerita ini boleh diperbaiki dengan penjelasan & pendalaman unsur-unsur dunia yang dibina, dan juga pewatakan karakter. 

Cerita ini akan menyebabkan pembaca untuk mempersoalkan banyak aspek di dalam dunia ini, termasuk bagaimana ia berlaku, atau siapa yang boleh dipercayai antara mereka yang wujud. Jikalau anda berminat dengan cerita yang menimbulkan kecelaruan minda yang mempunyai unsur alam/makhluk ghaib, tanpa memberi tekanan terhadap mekanisme kewujudan makhluk atau alam tersebut, anda mungkin akan meminati buku ini.


Expand filter menu Content Warnings
More...